
Jumaat, 21-10-2022 – Rejim Israel pada hari Selasa membebaskan dua orang aktivis wanita Jerusalem dari penjara Israel dengan syarat mereka diusir keluar dari Kota Lama Baitulmuqaddis.
Sumber tempatan melaporkan bahawa mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan aktivis Baitulmuqaddis, Hanadi Halawani dan melarangnya masuk ke Kota Lama selama lima hari, selain mengenakan denda 2,000 shekel ke atasnya.
Sumber itu menambah bahawa aktivis lain, Kefah Natsha dibebaskan dan menerima perintah pengusiran dari bandar itu selama 25 hari, selain mengenakan denda 700 shekel ke atasnya.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan