
Khamis, 03-11-2022 – Aksi serangan pejuang di Tebing Barat dan Al-Quds melawan pasukan penjajah Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi meningkat sepanjang 24 jam terakhir.
Laporan sumber berita Palestin yang memantau kejadian memberitahu bahawa telah berlaku 26 aksi perlawanan di Tebing Barat dan Al-Quds dalam tempoh 24 jam terakhir. Apa yang paling menonjol adalah 5 serangan tembakan terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan halangan terhadap serangan para penduduk pendatang Yahudi, di mana seorang penduduk pendatang Yahudi tercedera.
Pejuang perlawanan menembak pasukan penjajah Zionis Israel dua kali di pergunungan Hebron. Mereka juga menembak pasukan penjajah Zionis ketika melakukan serbuan ke kem pelarian Al-Ain di Nablus dan melakukan serbuan di kota Jenin.
Para pemuda palestin menghalang 4 serangan yang dilakukan para penduduk pendatang Yahudi di daerah terpisah. Seorang penduduk pendatang Yahudi tercedera dan kenderaannya dihancurkan di perkampungan al-Lubban al-Sharqiya di Nablus.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman