Categories
Berita Semasa

Rejim Israel ubah perjanjian pembebasan tahanan Palestin 

Rabu, 09-11-2022 – Rejim Israel pada hari Ahad memutuskan untuk melanjutkan penahanan pentadbiran tahanan warga Palestin, Adal Musa selama tiga bulan, lapor Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

“Musa sepatutnya dibebaskan hari ini,” kata PPS dalam satu kenyataan akhbar, sambil menambah bahawa Israel mengubah persetujuannya mengenai pembebasan Adal selepas penahanan pentadbirannya.

Musa meneruskan mogok laparnya selama 37 hari sebelum menghentikannya pada September lalu berikutan janji Israel untuk membebaskannya, menurut PPS.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan