Categories
Berita Semasa

Tentera rejim serbu sel tahanan Hadarim

Rabu, 09-11-2022 – Tentera rejim menyerbu dua sel pada petang Ahad di penjara Hadarim dan menutup penjara itu selama tiga jam, tanpa sebarang alasan.

Menurut pelbagai laporan berita Palestin, tentera bersenjata lengkap dari perkhidmatan penjara memecah masuk dan menggeledah bilik 30 dan 35 penjara Hadarim.

Ketika serbuan di kedua-dua sel itu, mereka menyerang para tahanan Palestin dan merosakkan katil serta barang-barang milik peribadi tahanan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati