Polis dan tentera Israel pergiat serbuan di Jerusalem, Tebing Barat

Jumaat, 11-11-2022 – Pertempuran dilaporkan berlaku pada petang hari Selasa di antara pemuda Palestin dan polis Israel di kem pelarian Shuafat, utara Baitulmuqaddis.

Polis Israel melepaskan bom gas pemedih mata ke arah pelajar Palestin semasa mereka meninggalkan sekolah di kem itu, menurut saksi.

Mereka menambah bahawa polis Israel menahan seorang pemuda Palestin di pusat pemeriksaan Shuafat selepas sekumpulan pemuda Palestin membaling batu ke arah pegawai polis yang melakukan serbuan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan