Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel menculik warga Palestin bekas tahanan di Nablus. 

Jumaat, 11-11-2022 – Dua minggu selepas dibebaskan dari penjara Pihak Autonomi Palestin, Rejim Zionis Israel menculik Mousa ad-Duwaikat, pada pagi Selasa lepas , seorang pelajar Universiti Kebangsaan an-Najah, ketika serbuan ke atas rumah beliau di Nablus.

Pada bulan Oktober lepas, pasukan keselamatan PA di Nablus menculik Duwaikat dari Bandar Balata sejurus beliau dibebaskan dari penjara Junaid. Dia telah ditahan beberapa kali sebelum ini oleh Pihak Autonomi Palestin. Pada tahanan yang lepas, pihak berkuasa Palestin tidak mahu menurut perintah mahkamah agar Duwaikat  dibebaskan dari penjara.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul