Categories
Berita Semasa

Hamas lancar operasi tentangan di Salfit

Selasa, 22-11-2022 – Pergerakan Hamas memuji keberanian pejuang penentang Palestin, Mohammed Souf yang syahid selepas melakukan serangan di Salfit pada pagi hari Selasa.

Dalam kenyataan akhbar hari sama, Hamas menegaskan bahawa operasi penentangan tersebut merupakan tindak balas semula jadi terhadap jenayah Israel yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin di mana yang terbaru adalah pembunuhan berdarah ke atas gadis Palestin berusia 15 tahun, Fulla al-Masalmeh berhampiran Ramallah di Tebing Barat.

Pergerakan itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Syahid Souf dan menyeru pemuda-pemuda Palestin untuk mengikuti jejaknya serta meningkatkan penentangan mereka terhadap jenayah dan pencerobohan Israel yang semakin meningkat di seluruh wilayah Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan