
Khamis, 24-11-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengucapkan tahniah kepada Amir negara Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani atas kejayaan cemerlang Qatar dalam menganjurkan majlis pembukaan Piala Dunia 2022.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin, Haneyya mengucapkan tahniah kepada Amir dan rakyat Qatar atas kejayaan acara luar biasa itu yang diadakan buat pertama kali di dunia Arab dan memuji tahap persiapan tinggi yang dibuat oleh negara itu.
Haneyya menyuarakan penghargaannya di atas pencapaian memberangsangkan dalam acara itu yang memberikan imej positif warisan budaya dan agama Arab dan Islam serta mendoakan kejayaan dan kemakmuran seterusnya untuk negara Qatar.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan