Categories
Berita Semasa

Hamas terima lawatan Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Timur Tengah

Rabu, 21-12-2022 – Pergerakan Hamas menerima satu lawatan daripada Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Proses Damai Timur Tengah, Tor Wennesland di pejabat pergerakan tersebut di Gaza pada hari Isnin.

Delegasi Hamas yang diketuai oleh timbalan ketuanya, Khalil al-Hayya membincangkan pelbagai isu dengan Wennesland, didahului oleh kesan serius pencabulan Israel di masjid Al-Aqsa di bawah kerajaan Zionis yang akan datang dan rancangan perkaumannya.

“Dasar provokatif Israel di Baitulmuqaddis dan masjid Al-Aqsa akan menjerumuskan Palestin ke dalam pengasingan,” kata pergerakan itu kepada Wennesland, menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan tanah mereka daripada serangan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan