Jumaat, 28/11/2008 –Jawatankuasa Kerajaan Anti-Sekatan meminta para Menteri Luar Arab untuk mempercepatkan proses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah.
Jawatankuasa tersebut memberitahu dalam satu sidang media hari Khamis bahawa penduduk Gaza berada dalam keadaan tenat untuk mendapatkan bantuan untuk mengharungi sekatan Israel. Kelambatan menghantar bantuan bermakna lebih banyak tragedi kemanusiaan di Gaza.
Alaa Al-Batta, jurucakap jawatankuasa tersebut menghargai peranan yang dimainkan oleh Menteri Luar Arab dalam proses bantuan ini.