
Jumaat, 23-12-2022 – Puak-puak Palestin telah menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza untuk melancarkan mogok umum bagi meratapi kematian tahanan Palestin, Nasser Abu Hamid dan mengutuk jenayah pengabaian perubatan oleh rejim Israel yang dikenakan terhadapnya.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, Jawatankuasa Penyelaras Puak di Nablus menyeru rakyat Palestin untuk melancarkan mogok umum bagi menyokong tahanan Palestin dan mengutuk dasar pengabaian perubatan Israel yang berterusan yang diamalkan ke atas tahanan Palestin yang sakit.
Selain itu, Pasukan Kebangsaan dan Islam Palestin di bandar Jenin, Tebing Barat menyeru rakyat Palestin untuk turun ke jalanan sebagai tanda solidariti bersama keluarga syahid, Abu Hamid.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan