Categories
Berita Semasa

Kapal Libya dijangka tiba di Gaza Isnin walaupun diugut Israel.

Selasa, 02/12/2008 –MP Jamal Al-Khudari pengerusi jawatankuasa anti-sekatan Gaza, telah menelefon kapal Libya Marwa pada hari Ahad dan berkata kapal itu dalam perjalanan dan dijangka berlabuh di Gaza pagi Isnin walaupun diugut oleh Israel untuk menghalangnya.

Menurut Khudari, kapal itu penuh dengan barangan bantuan termasuk makanan dan perubatan untuk para penduduk Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan kejam oleh Israel. Kapal Libya itu merupakan kapal pertama dari negara Arab selepas 4 buah kapal negara asing telah pun belabuh dan menghantar bantuan ke Gaza.

Menurut akhbar Hebrew, mereka telah memberi kebenaran kepada 4 buah kapal yang lepas untuk menghantar bantuan ke Gaza tetapi bukan untuk kapal Marwa dan memberi amaran akan bertindak sekiranya kapal itu tidak mengendah amaran mereka.