Bot dari Libya ditahan Israel semasa hendak ke Gaza.

Rabu, 03/12/2008 –Ahli Parlimen Jamal Al-Khudari, selaku ketua jawatankuasa anti pengepungan berkata kapal dari Libya yang membawa tiga ribu tan makanan alat perubatan pada Selasa lalu cuba memasuki perairan Gaza tetapi ditahan oleh bot-bot tentera laut Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar Khudari berkata kapal dari Libya cuba untuk memasuki perairan Gaza pada waktu pagi tetapi bot pemusnah Israel yang mengepung kapal enggan membenarkan ia memasukinya dan masih gagal menghubungi pusat kawalannya.

Anggota parlimen Arab Israel, Ahmed Al-Tibi yang cuba campur tangan bagi bagi membenarkan kapal untuk memunggah kargonya berkata Israel menolak sama sekali bagi membenarkan ia untuk masuk. Beliau menambah Israel juga tidak membenarkan kapal itu memunggah kargonya di Cyprus untuk kembali semula ke Gaza.