Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Bertemu Pimpinan Parlimen Yaman Di Shan’a

Khamis, 19-01-2023 – Delegasi Hamas mengunjungi Ketua Parlimen Yaman, Ustadz Mohamad Alaydrus di pejabatnya di Shan’a, Isnin (16/1).

Ketua Parlimen Yaman menyambut baik kunjungan wakil Hamas di Yaman, Ustadz Muadz Abu Shamalah dan rombongan. Beliau menyampaikan penghormatan pimpinan politik dan mengapresiasi usaha Hamas dalam perjuangan melawan penjajah zionis di Gaza dan di segenap wilayah Palestin.

Alaydrus turut menyatakan penghargaan dan penghormatan atas kegigihan dan keteguhan biro Hamas di dalam keadaan sulit yang dialami Yaman.

Selain itu, Alaydrus mengutuk pencerobohan dan serangan Zionis terhadap Masjidil Aqsha yang melanggar konvensyen antarabangsa. Yaman menyatakan sokongan politik secara rasmi terhadap persoalan Palestin dan haknya dalam berjuang melawan penjajah.

Ketua Parlimen Yaman mengecam sejumlah regim Arab yang turut serta bersama Yahudi menyerbu Masjidil Aqsha dalam rangkaian normalisasi dengan zionis, perkara tersebut adalah bentuk jenaka dan menyia-nyiakan waktu.

Alaydrus menegaskan bahawa persoalan Palestin tidak diperdebatkan dan tidak ada perbezaan pendapat. Bangsa Yaman sudah dikenali sikapnya terhadap persoalan Palestin. Menurutnya ada luka yang dalam di Palestin yang perlu ditangani oleh faksi-faksi Palestin dengan bersatu melawan pencerobohan Zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman