Rejim Zionis menghadkan bilangan muslimin ke masjid al-Aqsa di bulan Ramadhan


Baitul Maqdis, Rabu, 13/10/2004 – Rejim Zionis Israel telah memutuskan hari ini untuk menghadkan bilangan jemaah yang bersolat di masjid al-Aqsa di sepanjang Ramadan tahun ini di atas apa yang mereka namakan sebagai sebab-sebab keselamatan.

Keputusan itu telah diambil selepas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon selesai bermesyuarat dengan pegawai-pegawai polis peringkat atasan rejim semalam (12/10/2004).

Pada awalanya, pihak rejim bercadang untuk menutup musolla al-Marwani kerana menurut Manteri Keselamatan Dalam Negeri mereka, Jad’un Azra, keretakan di kawasan tersebut akan bertambah teruk dan menghadapi kemungkinan roboh jika bilangan orang yang bersolat terlalu ramai.

Menurut Mufti al-Quds, Syeikh Ikrimah Sabri pula pihaknya dan juga seluruh kaum muslimin tidak akan mengendahkan arahan tersebut dan menhyifatkan usaha menutup musolla itu sebagai tindakan yang melampaui batas.

Rakyat Palestin dikawal ketat walaupun sedang bersolat