Isnin , 15/12/2008 –Hamas Ahad lalu berkata bahawa perarakan besar-besaran pada hari perayaan ulangtahun ke 21 pergerakan itu menunjukkan kegagalan sekatan ekonomi dan politik untuk melemahkan Hamas.
Di Gaza, Dr. Sami Abu Zuhri jurucakap Hamas di dalam sebuah sidang akhbar berkata penyertaan besar-besaran rakyat di dalam perayaan itu menunjukkan gagalnya rundingan dan berjayanya projek penentangan.
Dia berkata ratusan ribu rakyat yang menyertai perarakan itu juga menandakan Gaza tetap tabah walaupun dikenakan sekatan and rakyat Palestin tetap terus menyokong Hamas.