
Isnin, 20-02-2023 – Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Israel baru-baru ini untuk mengesahkan sembilan penempatan di Wilayah Pendudukan Palestin di Tebing Barat, mengatakan ia adalah pelanggaran yang jelas dan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.
“Ia akan seterusnya menceroboh hak rakyat Palestin. Tindakan tidak sah dan tidak adil Israel akan memburukkan lagi keadaan tegang dan menjejaskan prospek keamanan di rantau ini,” kata Jurucakap Pejabat Luar, Mumtaz Zahra Baloch dalam satu kenyataan.
Masyarakat antarabangsa perlu berusaha lebih keras untuk menghalang Israel daripada mewujudkan keadaan yang menghalang pencapaian penyelesaian dua negara, tegasnya dalam kenyataan itu.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar