
Selasa, 28-02-2023 – Pergerakan Hamas telah mengutuk tindakan rejim Zionis Israel dalam meluluskan ribuan lot penempatan baru, serta melabel tindakan tersebut sebagai melampaui undang-undang dan konvensyen antarabangsa.
Dalam kenyataan akhbar pada hari Khamis lepas, pergerakan Hamas menyelar tindakan rejim Zionis Israel meluluskan pembinaan 3,000 unit penempatan di samping rancangan 4,000 unit baru pada hari ini dengan menegaskan rancangan di Jerusalem dan Tebing Barat seperti pengisytiharan terbuka terhadap warga dan tanah air Palestin.
“ Perluasan penempatan diikuti dengan pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis Israel dimana 11 jiwa Palestin terbunuh di Nablus semalam, mencerminkan polisi rejim Zionis yang sadis “ kenyataan oleh Hamas . Hamas meletakkan rejim Zionis Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah ke atas warga Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul