Categories
Berita Semasa

Penjajah Israel Serahkan Notis Perintah Merobohkan Rumah Penduduk

Isnin, 27-03-2023 – Rabu (22/3/2023), pasukan penjajah Israel menyerahkan surat perintah merobohkan empat rumah dan kandang kambing di kota Ithna, sebelah barat Hebron. Penjajah Zionis mendirikan dua gerbang di pintu masuk selatan kota Jericho.

Sumber berita tempatan menyatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menyerbu daerah Khallet Ibrahim dan menyerahkan notis perintah merobohkan empat buah rumah. Rumah-rumah tersebut dimiliki oleh Osama Awad (yang rumahnya seluas 150 meter persegi sedang dibina), Moataz Awad (yang luasnya 100 meter persegi), rumah ketiga milik Misbah Abu Zalat berserta kandang kambing dan rumah keempat milik keluarga Al-Jiyawi yang didakwa dibina di Kawasan C (yang secara pentadbiran dan keselamatan di bawah kendalian otoriti penjajah Zionis, berdasarkan perjanjian Oslo).

Selain itu, pada Rabu malam, pasukan penjajah Israel mendirikan dua gerbang besi di pintu masuk selatan kota Jericho, sebelah timur Tebing Barat dalam rangka memperketat aktiviti warga di Jericho terutama dari kem pelarian Aqabat Jabr yang menyaksikan serangan berulang kali oleh pasukan penjajah dalam tempoh muktahir

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman