
Rabu, 29-03-2023 – Seorang warga Palestin ditangkap pada petang Isnin dalam serbuan Pasukan Khas Israel di kem pelarian Abqat Jabr, barat daya Jericho, Tebing Barat.
Menurut laporan sumber-sumber tempatan, Wael al-Maqiti ditangkap selepas kediamannya di kejiranan Al-Maqayta dikepung.
“Mereka (Tentera Israel) menembak kediaman itu,” demikian keterangan sumber, menambah bahawa Al-Maqiti adalah bapa kepada dua syahid Palestin, Raf’at dan Ibrahim.
Sementara itu, seorang kanak-kanak Palestin cedera di kaki akibat terkena peluru hidup semasa pertempuran bersenjata tersebut.
Berdasarkan laporan tempatan, kenderaan ambulans dihalang untuk sampai ke tempat kejadian.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ