
Isnin, 03-04-2023 – Sejumlah warga mengalami sesak nafas pada Khamis (30/3/2023) malam, dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel di Stadium Olahraga Faisal Al-Husseini di kota Al-Ram, utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel semasa pertandingan akhir bola sepaka Piala Yasser Arafat antara “Markaz Balata” dan “Jabal Mukaber.”
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menyerbu ke stadium dan menembak gas pemedih mata ke stadium yang menyebabkan sejumlah pemain dan penyokong mengalami sesak nafas, termasuk kanak-kanak.
Sumber tersebut menambah bahawa bom gas beracun memasuki ruang persalinan semasa para pemain kedua pasukan berada di situ ketika waktu rehat yang menyebabkan beberapa pemain cedera dan mengalami sesak nafas. Para penonton terpaksa meninggalkan tempat duduk penonton dan turun ke padang untuk berlindung dari bom gas yang ditembak pasukan penjajah Zionis Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman