
Rabu, 05-04-2023 – Sumber berita Ibrani Isnin (3/4/2023) malam mengumumkan berlaku kerosakan pada rumah-rumah para penduduk pendatang Yahudi akibat serangan tembakan yang mensasarkan blok penempatan Israel Ma’ale Gilboa di pinggiran Jenin.
Brigade Al-Quds dan Brigade Syuhada Al-Aqsa sebelumnya telah mengumumkan bahawa mereka bersama bertanggungjawab atas serangan yang mensasarkan blok penempatan Merav di daerah Jenin.
Penempatan Israel Merav dan Ma’ale Gilboa berdekatan satu sama lain dan terletak di kawasan Jenin. Dalam beberapa bulan terakhir, kedua blok penempatan Israel tersebut mengalami beberapa serangan tembakan.
Sumber tempatan juga melaporkan bahawa serangan tembakan mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel di persimpangan Beta di Nablus.
Pasukan penjajah Zionis Israel di Beita menyita kamera pengawas setelah berlaku serangan tersebut.
Aksi-aksi serangan di Tebing Barat dan al-Quds terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi terus berlangsung.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman