
Selasa, 18-04-2023 – Keadaan kesihatan banduan Palestin, Walid Daqqa yang menghidap kanser telah mencapai tahap yang membimbangkan serta semakin mengancam nyawanya.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Daqqa telah menjalani pembedahan paru-paru pada hari Rabu yang lalu di Hospital Barzilai di Ashkelon, berikutan penurunan kesihatannya yang semakin membimbangkan. Dia kini berada di unit rawatan rapi hospital selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian besar paru-paru kanannya.
Suruhanjaya juga berkata bahawa terdapat beberapa usaha yang giat dijalankan untuk membebaskan Daqqa.
Daqqa merupakan seorang penulis dan aktivis Palestin yang telah berada di penjara Israel semenjak 38 tahun yang lalu. Daqqa juga merupakan salah seorang tahanan Palestin yang terkenal dan paling lama berada di dalam tahanan Israel. Semasa di penjara, dia telah menulis beberapa buku, termasuk buku kanak-kanak.
Dia disahkan menghidap penyakit kanser myelofibrosis – sejenis kanser sumsum tulang yang jarang berlaku yang mengganggu pengeluaran normal sel darah badan.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses