Categories
Berita Semasa

Haneyya, Barghouthi Bertemu Di Doha, Membincangkan Perkembangan Terkini

Rabu, 19-04-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya dan setiausaha agung Inisiatif Nasional Mustafa al-Barghouthi telah menekankan keperluan bagi mengaktifkan usaha di peringkat serantau dan antarabangsa dalam menghadapi dan mengasingkan negara pendudukan haram Israel serta mendedahkan wajah sebenar mereka kepada dunia.

Semasa pertemuan mereka di Doha Isnin lalu, Haneyya dan Barghouthi membincangkan perkembangan politik dan lapangan terkini di Palestin, terutamanya semasa bulan suci Ramadan serta kesan situasi serantau dan antarabangsa semasa terhadap perjuangan Palestin.

Kedua-dua pemimpin Palestin juga membincangkan tentang pelanggaran etika tentera Israel di Baitulmaqdis dan di Masjid Aqsa serta jenayah yang dilakukan oleh tentera dan peneroka Israel di Tebing Barat termasuklah kesan sekatan di Semenanjung Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses