Categories
Berita Semasa

Israel Berusaha Meyahudinisasi Musolah Bab Al Rahmah

Rabu, 03-05-2023 – Jamal Amr, ahli sejarah Al-Quds dan Masjid Al-Aqsha, memperingatkan tentang usaha terus-menerus penjajah Zionis Israel untuk mengubah musolah Bab al-Rahmah menjadi sinagog Yahudi. Ini kerana kedudukannya yang dekat dengan Kubah Shakhrah (Dome of the Rock) dan ia sebagai satu-satunya pintu yang tidak perlu melalui jalan ke pasar atau kota tua.

Jamal Amr menyatakan bahawa Bab Al-Rahmah sedang menghadapi keadaan bahaya yang sangat serius. Sejak 2019 ketika penduduk Al-Quds berjaya menguasai massa di Bab Al-Rahmah, mereka secara paksa membuka pintu dan memutuskan rantai yang menghalangnya sehingga penjajah Zionis berkeyakinan bahawa dengan berlalunya masa umat Islam akan melupakan musolah tersebut dan pihaknya akan mengosongkannya nanti.

Beliau menyatakan bahawa dalam beberapa tahun terakhir, penjajah Zionis Israel sengaja mengosongkan Masjid Al-Aqsha dan mencegah pegawai wakaf untuk bekerja di dalamnya dan mengubahsuai di dalamnya. Kemudian penjajah Israel membawa penduduk pendatang Yahudi untuk berkumpul di dalamnya. Mereka mengatakan bahwa Bab al-Rahmah adalah pintu terdekat dengan apa yang mereka sebut “tempat paling suci”, iaitu Kubah Shakhrah.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman