Categories
Berita Semasa

IOF culik bekas menteri Khaled Abu Arafah dari Ramallah

Jumaat, 05-05-2023 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menculik bekas Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Khaled Abu Arafah yang juga merupakan seorang pegawai kanan Hamas dari kediaman sementaranya di Ramallah pada subuh Selasa yang lalu.

Abu Arafah pernah dibuang negeri dari Baitulmaqdis dan kemudian dibebaskan pada tahun 2014 juga pernah dipenjarakan oleh IOF beberapa kali sebelum ini. Dia dibebaskan kira-kira setahun lalu selepas menghabiskan masa selama 15 bulan dalam tahanan.

Kementerian Dalam Negeri Israel juga pernah memutuskan untuk menarik balik ID Baitulmaqdisnya pada Mei 2006 dan pada 1 Jun 2010 keputusan telah dikeluarkan untuk menghantar beliau dan pegawai Hamas lain keluar dari Baitulmaqdis.

Namun begitu, beliau dilaporkan mengambil bahagian dalam beberapa penggubalan undang-undang ketika dalam buangan dan terlibat dalam satu perbincangan yang berlangsung selama 19 bulan di ibu pejabat Palang Merah di Baitulmaqdis.

Ekoran itu, penyertaan Abu Arafah sebagai penggubal undang-undang ketika dalam buangan berakhir dengan penahanannya pada Januari 2012 dan kemudiannya dia dibebaskan pada Januari 2014 dengan syarat diusir ke Jenin dan kemudian ke Ramallah, tempat tinggal sekarang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses