Categories
Berita Semasa

10 Rakyat Palestin Diculik Oleh Iof Dalam Serbuan Subuh Di Tebing Barat

Isnin, 08-05-2023 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menculik 10 rakyat Palestin, termasuk seorang penggubal undang-undang semasa serbuan di kawasan Tebing Barat yang berbeza pada subuh Khamis lalu.

Menurut sumber tempatan, IOF turut menculik Ahli Parlimen Ahmed Atwan seorang buangan dari Baitulmaqdis di rumahnya di Bethlehem City.
IOF menculik dua pemuda di rumah mereka di kem pelarian Deheisha dan Aida di bandar Bethlehem.

Malah IOF juga dilaporkan menculik seorang pemuda dari bandar Tulkarem dan dan seorang lagi dari kem pelarian Nur Shams.

Empat orang telah ditawan semasa serbuan IOF di rumah di bandar Jenin manakala seorang lagi pemuda diculik dari rumahnya di Ramallah.

Dalam kejadian berasingan, sembilan pemuda cedera parah ekoran terkena peluru hidup dan berpuluh-puluh lagi terdedah kepada gas pemedih mata semasa pertempuran ganas dengan tentera Israel di bandar Nabi Saleh dan Beit Rima di barat laut Ramallah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses