
Isnin, 08-05-2023 – Ahli biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq telah menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di Bandar Nablus Tebing Barat melibatkan perancangan regim Zionis Israel dalam mematahkan perjuangan Palestin.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis lepas, Resheq menyatakan pembunuhan kejam ke atas tiga pejuang Palestin mencerminkan polisi kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin . Dia turut memberi amaran rejim Zionis akan menerima akibat atas jenayah yang rejim Zionis lakukan.
Resheq menyeru kepada para pejuang Palestin di Nablus di barisan hadapan yang mempertahankan rakyat Palestin dari jenayah rejim Zionis agar meningkatkan penentangan terhadap pembunuhan dan jenayah rejim Zionis.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul