Categories
Berita Semasa

Peneroka haram Yahudi menyerang pengembala biri biri Palestin di utara Lembah Jordan.

Selasa, 23-05-2023 – Peneroka haram Yahudi pada hari Ahad lepas menyerang pengembala biri-biri Palestin setelah menyerbu kawasan al-Himma di utara Lembah Jordan di timur Tebing Barat.

Aref Daraghmeh, pejuang hak manusia, melaporkan bahawa peneroka haram Yahudi menyerang pengembala ketika mereka sedang menjaga ternakan mereka di kawasan al-Himma.

Dia menambah peneroka haram menyerang warga Palestin Mohammad Awwad dan anaknya Hani dan telah menyerang mereka dengan semburan cecair pemedih mata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul