Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi Tercedera Dalam Serangan Di Selatan Nablus

Isnin, 12-06-2023 – Seorang penduduk pendatang Yahudi tercedera, Selasa (6/6/2023) malam dalam peristiwa tembakan yang dilakukan pejuang Palestin yang mensasarkan kenderaan berdekatan pos pemeriksaan militan Israel Hawara, selatan Nablus, wilayah utara Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa kenderaan penduduk pendatang Yahudi menjadi sasaran tembakan antaranya adalah pos pemeriksaan militan Za’tara dan Hawara di Nablus. Akibatnya penduduk pendatang Yahudi tersebut tercedera dan kenderaannya rosak.

Sumber tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menutup pos pemeriksaan militan Hawara, selatan Nablus dan menutup kedai serta menghalang pergerakan kenderaan dan warga Palestin.

Pasukan penjajah Zionis Israel menutup pos-pos pemeriksaan ketika pengerahan pasukan mereka secara intensif di kota Hawara dan penempatan sekitarnya.

Pasukan penjajah Zionis Israel menyatakan bahawa 12 peluru mengenai kenderaan tersebut dan penduduk pendatang Yahudi tersebut terkena serpihan peluru di bahunya dan mengalami cedera ringan.
Aksi perlawanan meningkat di Tebing Barat sepanjang 24 jam terakhir. Dilaporkan berlaku 14 aksi serangan yang menyebabkan 3 orang Israel tercedera.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman