
Selasa, 13-06-2023 – Tokoh Palestin memperingatkan semula tentang bahaya rancangan Israel untuk membahagi Masjid Al-Aqsha secara ruang atau tempat antara pendatang Yahudi dan kaum Muslimin.
Hanady Al-Halawani dari Al-Quds mengatakan, rancangan penjajah Zionis Israel untuk membahagi Al-Aqsha bukanlah rancangan baru, cuma bezanya sekarang dengan pendekatan pemerintah fasis yang lebih serius untuk menerapkannya.
Halawani menyatakan dalam pernyataan akhbar yang disiarkan Freedom News, bahawa penjajah Zionis Israel mengikuti langkah awal di masa lalu dengan menyerbu Al-Aqsha dan melakukan ritual Talmud dan hari ini secara rasmi membincangkan tentang pembahagian ruang Masjid Al-Aqsha.
Beliau menyatakan bahawa kelompok-kelompok Kuil (yang menyeru pembangunan kuil Yahudi di Masjid Al-Aqsha) adalah paling berbahaya kepada Masjid Al-Aqsha.Hari ini mereka telah menjadi sebahagian dari pemerintahan Zionis.
Merekalah yang menekan dan mempengaruhi pemerintah Zionis berkait dengan Masjid Al-Aqsha.Halawani menekankan bahawa tindakan penjajah Zionis Israel bertujuan untuk mengosongkan Al-Aqsha dari orang-orang yang melakukan ribat (bersiaga di dalam masjid) dan berpengaruh dengan mengganti mereka kepada para penduduk pendatang Yahudi.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman