Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Lancarkan 22 Serangan Di Tabing Barat

Rabu, 21-06-2023 – Aksi-aksi perjuangan Palestin di Tebing Barat selama dua puluh empat jam terakhir berterusan. Sebanyak 22 aksi perlawanan berlaku termasuk 6 tembakan yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi.

Pusat Informasi Palestina “Maata” memantau terjadinya letupan dua alat peledak, pelemparan bom molotov dan hadangan terhadap serangan para penduduk pendatang Yahudi serta menghancurkan kenderaan milik mereka.Disamping itu berlaku juga pertempuran konfrontasi dan pelemparan batu di 11 tempat di pelbagai daerah terpisah dari Tebing Barat.

Di antara aksi yang memberi kesan kepada pasukan Zionis adalah serangan para pejuang Palestin yang mensasarkan pasukan penjajah Zionis Israel dengan peluru dan bom berangkai sewaktu penyerbuan pasukan Zionis ke kem pelarian Jenin, selain serangan tembakan ke pos pemeriksaan tentera Israel Al-Jalama di Jenin.

Para mujahidin turut menembak pasukan penjajah Zionis Israel berdekatan pos pemeriksaan tentera Hamra di Jericho.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman