
Isnin, 26-06-2023 – Ketua biro politik Pergerakan Hamas di luar negara, Khaled Mishaal, menegaskan bahawa penentangan adalah satu-satunya pilihan bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak sah mereka dan menubuhkan negara merdeka mereka.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, Mishaal berkata bahawa negara penjajahan Israel dan pendatang Yahudinya keliru berikutan aktiviti penentangan yang semakin memuncak di seluruh wilayah yang diduduki terutamanya di Tebing Barat.
“Operasi penentangan sebegini menggambarkan bahawa penentangan Palestin mampu menghadapi jenayah Israel di semua peringkat sehingga mencapai pembebasan penuh tanah Palestin,” tegas Mishaal.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin