
Isnin, 10-07-2023 – Kerosakan dan kemusnahan besar berlaku di kem pelarian Jenin yang melibatkan infrastruktur, rumah, jaringan air dan elektrik akibat daripada serangan biadab dilancarkan penjajah Zionis yang berterusan selama 48 jam.
Jurucakap pemerintah kota Jenin, Bashir al-Tawahin mengungkapkan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menghancurkan jalan raya sekitar 15 kilometer dan menghancurkan jaringan pembuangan sisa pepejal dan penyaringan air hujan serta saluran transmisi elektrik dan air utama di darat sehingga hancur sepenuhnya.
Beliau menjelaskan bahawa sekitar 15 hingga 20 kilometer jaringan air sebahagiannya musnah selain stesyen penyaluran dan sambungan air.
Tentera penjajah Zionis Israel menembak 10 transfomer elektrik dan tangki air di atas atap.
Beliau menyatakan 300 rumah di Jenin tidak dapat dihuni akibat pengeboman, letupan dan dirobohkan oleh jentolak.
Tawahin mengatakan bahawa pekerja Majlis Perbandaran bekerja keras semaksimum mungkin untuk memulihkan kehidupan seperti sediakala namun keadaan sangat sukar. Beliau menyatakan bahawa proses baik pulih dan pembangunan semula menelan belanja jutaan dollar dan ia melebihi kapasiti dan kemampuan pihak Majlis Perbandaran.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman