
Selasa, 25-07-2023 – Dua peneroka haram Yahudi menyerbu gereja Orthodoks di Gunung Zion di kawasan kepungan Jerusalem dan menyatakan keinginan mereka untuk menetap di kawasan berikut.
Video yang tular di media sosial menunjukkan peneroka haram duduk di atas hamparan di kawasan perkarangan gereja. Mereka juga membawa beberapa buku dan peralatan perkhemahan bersama mereka.
Dua peneroka haram menuntut bahawa kawasan tersebut milik orang yahudi dan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai gereja yang meminta mereka untuk berundur dari kawasan tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul