Categories
Berita Semasa

Zionis Tangkap 570 kanak-kanak Palestin Separuh Pertama 2023

Selasa, 25-07-2023 – Pasukan pendudukan Zionis menangkap 570 kanak-kanak Palestin di bawah umur pada separuh pertama tahun 2023, 435 daripadanya berasal dari Baitulmaqdis yang dijajah.

Pengarah Pusat Pengajian Tahanan Palestin, Riyad Al-Ashqar berkata, 570 remaja bawah umur Palestin ditahan pada separuh pertama tahun semasa, peningkatan 15 peratus berbanding tahun yang sama sebelumnya.

Al-Ashqar menggariskan bahawa 29 kanak-kanak dalam kalangan remaja bawah umur yang ditahan berusia bawah 12 tahun, termasuk Rayyan Abu Rayyan, 10, dan Omar an-Natshah, 10.

Beliau menambah bahawa mahkamah Ofer mengenakan jumlah denda mencecah 175,000 shekel ke atas kanak-kanak Palestin pada separuh pertama tahun semasa.

“Berpuluh-puluh kanak-kanak telah ditahan di rumah selepas dibebaskan pada separuh pertama 2023,” kata al-Ashqar, sambil menambah bahawa mahkamah Israel mengeluarkan 23 perintah penahanan pentadbiran terhadap kanak-kanak Palestin dalam tempoh yang sama.

160 kanak-kanak Palestin kini ditahan di penjara Megiddo, Ofer, dan Damon dalam keadaan yang sukar kerana mereka tidak mendapat keperluan asas manusia mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen