Categories
Berita Semasa

Hamadeh: Pencerobohan ke atas Masjid Aqsa adalah sebahagian daripada perang agama

Selasa, 01-08-2023 – Muhammad Hamadeh, jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis telah menekankan yang pencerobohan pendatang Yahudi ke atas Masjid Aqsa merupakan sebahagian daripada perang agama terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka.

Hamadeh pada Khamis menyelar pencerobohan berulang pendatang ke Masjid Aqsa, dan menegaskan yang rakyat Palestin akan terus mempertahankan tanah mereka hingga tiada lagi penjajahan.

“Pencerobohan Masjid Aqsa oleh para pendatang Yahudi merupakan provokasi ke atas perasaan orang Islam seluruh dunia”, Hamadeh berkata, menyeru seluruh negara Arab dan Muslim untuk melindungi Masjid dengan apa cara sekalipun, dan mengakhiri normalisasi dengan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati