
Rabu, 09-08-2023 – Remaja Palestin, Ramzi Fathi Hamed yang berusia 17 tahun, meninggal dunia hari ini, Isnin (7/8/2023). Beliau cedera parah sejak tiga hari lalu setelah ditembak penduduk pendatang Yahudi berdekatan pintu masuk Silwad sebelah timur Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.
Pengarah Kompleks Perubatan Palestin, Dr. Ahmad Al-Bitawi mengatakan bahawa mangsa Ramzi Hamed meninggal dunia pagi ini akibat pendarahan paru-paru yang teruk setelah ditembak dengan peluru tajam di dada dan perut.Sumber tempatan mengatakan bahawa remaja lelaki, Ramzi Hamed ditembak oleh seorang pengawal penempatan Yahudi di kereta yang dipandu ketika dia berada di Jalan Waar Al-Adas di Silwad.
Dia menambah bahawa Ramzi terkena dua peluru, salah satunya meledak di perutnya dan mengakibatkan dia meninggal dunia tiga hari setelah kejadian. Ramzi Hamed adalah korban ke-219 yang dibunuh oleh tentera penjajah Zionis dan penduduk pendatang Yahudi sejak awal tahun 20223 ini dan korban ke-13 dari daerah Ramallah dan Al-Bireh.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman