Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel Serbu Penjara Nagev Dan Serang Para Tawanan

Isnin, 21-08-2023 – Pasukan penjajah Zionis pada Khamis (17/8/2023) pagi menyerbu penjara gurun Negev. Mereka mula melakukan tekanan dan serangan terhadap para tawanan di sana.

Pejabat maklumat Tawanan mengatakan dalam sebuah pernyataan singkat hari ini bahawa pasukan represi Israel menyerbu Bahagian 3 Penjara Negev dalam situasi yang sangat tegang.

Serbuan ini dilakukan lanjutan daripada serangkaian serbuan di beberapa bahagian penjara Negev. Terakhir dilakukan beberapa hari yang lalu di Bahagian 26.

Badan Urusan Tawanan dan Kelab Tawanan Palestin (PPC) menganggap pihak pentadbiran penjara penjajah Zionis Israel bertanggungjawab penuh atas nasib para tawanan di Penjara Negev.

Hazem Hassanein, jurucakap Pejabat Maklumat Tawanan mengatakan bahawa apa yang terjadi di penjara Negev berupa tindakan tekanan ganas, serangan dan pelanggaran adalah terjemahan sebenarnya dari kunjungan ekstremis, Menteri Keamanan Nasional Itamar Ben Gvir ke penjara beberapa hari yang lalu.

Beliau menyatakan bahawa Ben Gvir mengarahkan untuk melakukan tekanan keras terhadap para tawanan dan menyerbu bilik dan sel penjara.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman