
Isnin, 11-09-2023 – Jurucakap Hamas, Hazem Qasem, mengecam sekeras-kerasnya tindakan Papua New Guinea membuka kedutaan di Jerusalem.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau menganggap tindakan itu mencabul hak rakyat Palestin, undang-undang antarabangsa, dan resolusi PBB yang mengiktiraf Jerusalem sebagai bandar Palestin.
Qasem menambah, ia tidak akan memberikan legitimasi kepada negara pendudukan Israel, sekaligus menggesa untuk menarik balik tindakan tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ