
Selasa, 12-09-2023 – Media Israel menerbitkan dokumentasi ledakan bom berangkai terhadap tentera penjajah Zionis Israel di Nablus beberapa hari yang lalu yang menyebabkan 4 orang tentera penjajah Zionis tercedera.
Kejadian tersebut terakam melalui kamera di helmet seorang tentera Israel di lokasi kejadian menunjukkan momen ketika bom berangkai tersebut meledak ketika tentera Israel berjalan kaki. Letupan bom tersebut berlaku pada akhir bulan lalu.
Chanel 14 Israel mengatakan bahawa bom tersebut meledak ketika pasukan tentera dari unit khas “Egoz” yang bertanggungjawab untuk mengawal serbuan penduduk pendatang Yahudi berkawal di kawasan Makam Yusuf pada malam itu.
Channel 12 Israel melaporkan bahawa bom tersebut seberat 20 kilogram dan diklasifikasikan sebagai buatan tempatan dan diledakkan dari jarak jauh.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman