Categories
Berita Semasa

Hamada: Rakyat Kami Akan Bertindak Tegas Terhadap Pencerobohan Aqsa

Isnin, 18-09-2023 – Jurucakap Hamas, Mohamed Hamada menyatakan, Israel hanya berkhayal jika menganggap pencerobohan Masjid Aqsa berlaku tanpa halangan, dengan menegaskan rakyat Palestin akan bertindak balas dengan tegas.

Dalam kenyataan akhbar pada Khamis, beliau menambah, operasi penentangan heroik di Jerusalem dan Tebing Barat memberi mesej jelas tindak balas tersebut yang lebih teguh dan keras.

Beliau turut menuduh pendudukan Israel berusaha tingkatkan perang agama terhadap Jerusalem dan Masjid Aqsa untuk hari-hari mendatang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ