Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk serangan udara Israel ke atas gudang bantuan UNRWA

Rabu, 18-10-2023 – Hamas mengutuk serangan udara Israel terhadap gudang bantuan makanan UNRWA di utara Gaza pada hari Isnin sebagai “jenayah perang yang lain” dan menyeru agensi itu untuk terus memikul tanggungjawabnya terhadap penduduk tempatan di enklaf pesisir yang dilanda perang.

Dalam satu kenyataan, Hamas mengatakan serangan udara Israel ke atas gudang UNRWA yang mengandungi bantuan makanan bertujuan untuk menguatkan cengkaman mereka ke atas penduduk Gaza dan menghalang mereka daripada memenuhi keperluan asas.

Gerakan ini juga menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan agensi pelarian untuk mengutuk tingkah laku seperti Nazi ini, mempertimbangkan semula dasar semasa mereka, memberikan perlindungan dan bantuan kepada rakyat Palestin, serta menguatkuasakan prinsip-prinsip paling asas undang-undang antarabangsa di Gaza, di mana penduduknya terdedah kepada jenayah paling zalim di seluruh dunia.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin