Categories
Berita Semasa

Pengeboman Gaza .. 3785 telah syahid dan penjajah meneruskan misi genosid.

Isnin, 23-10-2023 – Telah masuk hari ke-13 pengeboman Zionis ke atas Gaza, Tentera Zionis terus menerus mengebom rumah-rumah, kawasan kediaman, dan pusat perlindungan dengan tujuan memusnahkan penduduknya, dengan tujuan pembasmian kaum Palestin, tanpa batasan dan ditambah dengan sokongan langsung dari Amerika dan Barat.

Pejabat Komunikasi Awam Kerajaan mengumumkan bahawa 369 syuhada, di mana 81 daripadanya dari selatan Gaza, telah terkorban dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Manakala Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa bilangan kematian akibat serangan sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 3785 syuhada, termasuk 1524 kanak-kanak, 1000 wanita, dan 120 warga emas. Tambahan pula, terdapat 12493 individu lain yang disahkan cedera, termasuk 3983 kanak-kanak dan 3300 wanita.

Kementerian Kesihatan juga menyebut bahawa tindakan jenayah pihak penjajah terhadap fasiliti kesihatan telah mengakibatkan 44 warga kakitangan perubatan terbunuh dan 70 lainnya cedera.

Mereka juga menyebut bahawa penjajah sengaja menyerang 23 ambulans dan merosakkannya sepenuhnya, sementara 19 institusi kesihatan turut dijadikan sasaran.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa operasi di 14 pusat kesihatan untuk penjagaan primer di mereka di kawasan Gaza dan utara kawasan tersebut terpaksa dihentikan akibat gangguan bekalan elektrik dan kehabisan bahan bakar.

Dalam salah satu perkembangan di lapangan, pasukan penjajah Zionis melakukan pembantaian mengerikan malam semalam dengan serangan langsung ke atas pelarian di dalam gereja Ortodoks Rome di Kota Gaza. Ini telah mengakibatkan banyak yang terkorban dan tercedera.

Seperti yang dinyatakan Kementerian Dalam Negeri di Gaza: Penjajah telah melakukan tindakan kejam terhadap ratusan pelarian di dalam gereja Ortodoks Rome di Kota Gaza, menyebabkan jumlah besar syahid dan tercedera.

Wartawan kami melaporkan bahawa di yang terkorban, ramai warga kristian yang mencari perlindungan di gereja dengan harapan itu adalah tempat yang aman.

Tiga warganegara terkorban dan beberapa yang lain cedera apabila pesawat penjajah menyerang rumah keluarga Al-Astal di Khan Younis.

Pesawat penjajah melancarkan beberapa siri serangan berterusan ke atas Wilayah Shujaiyah di Gaza, dan seorang kanak-kanak bernama Anas, anak kepada wartawan Hazem bin Saeed, telah syahid selepas rumah mereka disasarkan oleh Israel di sebelah timur Deir al-Balah.

Kementerian Dalam Negeri juga mengumumkan pertambahan jumlah para syuhada dan beberapa cedera parah akibat serangan Israel ke rumah keluarga “Hassouna” di Wilayah Shujaiyya, dan ke rumah keluarga “Muhaisan” di Wilayah Sheikh Radwan di Kota Gaza.

Manakala, 8 warganegara telah syahid dan beberapa lainnya cedera selepas serangan awal pagi ini oleh pesawat penjajah Zionis Israel terhadap rumah keluarga Al-Majaida di tengah Khan Younis. Serangan ini juga menyebabkan musnahnya rumah dan kedai-kedai berhampiran.

Naib di Majlis Undang-Undang, ahli Lembaga Politik Hamas, Jamila Ash Shanti telah syahid dalam serangan zionis ke atas wilayah itu.

Majlis Undang-Undang di Gaza meratapi kehilangan Naib Jamila Ash Shanti yang syahid dalam serangan Israel di Gaza semalam.

Pesawat penjajah juga mengebom empat menara di kompleks Menara Al-Zahraa di kem Tahanan Al-Nusairat, mengakibatkan ramai tercedera di tempat kejadian.

Selain itu, seorang dilaporkan terkorban dan 21 warganegara lainnya cedera dalam serangan ke atas rumah keluarga Makhayyar di kem Khan Yunis. Pesawat penjajah mengebom tingkat atas Menara Al-Masri di bandar Rafah.

Pagi ini, sebuah pembantaian yang mengerikan berlaku di Rafah yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 46 kematian, di antaranya 15 dari keluarga Brika, 6 dari keluarga Hassouna, dan 10 dari keluarga Duhair setelah rumah-rumah mereka menjadi sasaran tembakan. Pesawat penjajah menyerang dua rumah dari keluarga Al-Sharabasi dan Al-Alami di utara Gaza yang mengakibatkan beberapa kecederaan.

Selain itu, pesawat penjajah menyerang sebuah rumah di pintu masuk Jabalia untuk keluarga Al-Madhoun berhampiran bulatan Abu Skandar, yang juga mengakibatkan beberapa syuhada dan kecederaan. Lima warganegara telah syahid dan 12 lainnya cedera selepas serangan penjajah ke beberapa rumah di kem Jabalia.

Seorang kanak-kanak juga telah syahid selepas serangan penjajah ke bangunan Al-Namnam di kem Al-Nusairat di tengah-tengah Gaza. Media rasmi di Gaza telah mendokumentasikan serangan terhadap sekurang-kurangnya lima kedai roti di pelbagai kawasan di Gaza yang telah mengakibatkan pertamhbahan kematian.

Sejak Sabtu (7 Oktober yang lalu), pesawat penjajah telah melaksanakan serangan pembakaran kejam melalui operasi serangan meluas dan rambang terhadap rumah-rumah, jalan-jalan, dan struktur awam di Gaza sebagai bentuk balas dendam terhadap warga Palestin.

sumber : https://palinfo.com/
penterjemah : Razisatul