
Rabu, 25-10-2023 – Rejim Zionis telah menembak dan membunuh dua rakyat Palestin dan mencederakan empat yang lain di kem pelarian Jalazoun, utara Ramallah, pada subuh Isnin.
Dalam satu kenyataan ringkas Kementerian Kesihatan Palestin, dua pemuda Palestin terbunuh dalam serbuan tentera Israel ke kem pelarian Jalazoun.
Manakala empat yang lain cedera parah semasa serbuan itu, tambah kenyataan itu.
Sumber tempatan juga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 20 pemuda telah ditangkap di kem tersebut.
Sejak 7 Oktober lalu 95 rakyat Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh tembakan Israel di seluruh Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf