Categories
Berita Semasa

Seruan Penglibatan Jihad Dan Pemusnahan Sempadan-Sheikh Muhammad Khair Musa

Khamis, 26-10-2023Seorang ahli Persatuan Ulama Palestin, Syeikh Muhammad Khair Musa berkata, “Hari ini kita perlu menyerbu sempadan Palestin, dan jangan biarkan saudara-saudara kita terus menerus diratah oleh serigala (Rejim Zionis), kerana jika mereka (Rejim Zionis) berterusan meratah saudara kita, kelak mereka akan memakan kita semua pula. ”

Tambahnya lagi “Jihad kerana Allah perlu dilaksanakan semaksimum mungkin, bukan sekadar apa yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja.”

Dia turut berkata, “Setelah Taufan Al-Aqsa datang, setiap Muslim mesti berada di atas bahtera kebenaran, kerana di Gaza hari ini terdapat pelajaran penting tentang iman (dalam diri kita).” 

Beliau turut menekankan,  “Tugas kita hari ini adalah berada di atas bahtera jihad, atau lebih jelas lagi, tugas setiap negara adalah untuk terlibat dalam jihad  samaada dengan jiwa, wang, usaha, atau perkataan.”

Beliau menegaskan, “dalam keadaan kemanusiaan semakin terhakis dari jiwa dan sanubari, di mana perlumbaan didalam mencipta senjata-senjata canggih yang memusnahkan semakin meningkat, tercetusnya insiden ini mungkin untuk memulihkan keseimbangan cara kita berfikir dan berurusan dengan nilai kemanusian, iaitu dengan cara realistik dan praktikaliti dan bukan dengan hanya slogan semata-mata lagi.”

Musa turut menambah, “Seseorang tidak sepatutnya menjadi pengecut apabila (melihat) musuhnya mempunyai senjata, sebaliknya perlu rasa takut apabila dia kehilangan semangat untuk mempertahankan haknya, kerana keberanian tidak lagi bernilai apabila tanah air tidak lagi menjadi milik kita, manakala maruah yang telah hilang tidak mungkin akan kembali walau dengan darah yang ditumpahkan.”

Beliau turut menegaskan bumi  Gaza yang serba kekurangan berbanding lawannya pada hari ini, telah memberitahu kita bahawa ia tidak akan lenyap dari muka bumi selagimana sesebuah negara itu, memiliki anak watan yang mempunyai keyakinan dalam dirinya sebagai seorang pejuang yang berjuang demi kebebasannya, malah sanggup menjadikan diri-diri mereka sebagai perisai demi mempertahankan maruah tanah air mereka, walau bagaimana dahsyat sekalipun serangan yang dilakukan.

Beliau melanjutkan lagi “Terciptanya kemenangan di bumi Gaza hari ini sehingga tercetusnya taufan ini, bukanlah berasaskan senjata atau peluru berpandu, sebaliknya (kekuatan jiwa) manusia (yang berjuang) demi sebuah kehidupan, itulah fakta Gaza, bukan  mengikut logik para penzalim yang menindas.”

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Simpunk