
Rabu, 01-11-2023 – Israel telah memutuskan perkhidmatan telekomunikasi di kebanyakan kawasan kejiranan di utara Semenanjung Gaza pada petang Ahad. Walau bagaimanapun, banyak kawasan lain di Semenanjung Gaza turut mengalami gangguan perkhidmatan telekomunikasi dan Internet untuk jangka masa yang lama.
Menurut sumber media tempatan, perkhidmatan telekomunikasi dan Internet tiba-tiba telah dilumpuhkan. Sementara itu, pengeboman kejam Israel berterusan dengan beberapa kawasan kejiranan menjadi sasaran.
Perkhidmatan telekomunikasi dan Internet secara beransur-ansur kembali pulih di pagi Ahad di Semenanjung Gaza selepas terputus sepenuhnya dari petang Jumaat, semasa mereka sedang menghadapi serangan udara yang menakutkan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di kawasan yang dikepung itu.
Kumpulan hak asasi manusia Palestin dan antarabangsa menyatakan bahawa memutuskan komunikasi dan Internet selepas membunuh begitu ramai wartawan dan menakut-nakutkan yang lain dengan membunuh keluarga mereka adalah permulaan kepada kekejaman yang lebih ngeri, di samping bertujuan untuk menyembunyikan jenayah mereka daripada dunia.
Gangguan komunikasi ini juga telah menyebabkan keupayaan sistem kesihatan, ambulans, dan pasukan perubatan lumpuh sepenuhnya.
Kementerian Telekomunikasi Palestin pula mendedahkan pada hari Jumaat bahawa Rejim Zionis telah memutuskan perkhidmatan telekomunikasi dan Internet melalui kawalannya ke atas kabel dari luar Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf