Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menahan 65 Rakyat Palestin Di Tebing Barat

Isnin, 06-11-2023 – Rejim Zionis telah melancarkan kempen penahanan berskala besar di Tebing Barat yang menyaksikan penahanan 65 rakyat Palestin, kebanyakannya bekas banduan dan aktivis Hamas. Mereka yang ditahan termasuk dua orang wanita selepas pasukan tersebut memecah masuk dan menimbulkan kekacauan di dalam rumah mereka.

Kempen penahanan di lakukan di wilayah Tebing Barat Ramallah, Bethlehem dan al-Khalil. Berlaku juga penahanan rakyat Palestin di bandar lain di Tebing Barat di kala penderaan dan intimidasi oleh Rejim Zionis beserta ancaman berterusan terhadap keluarga banduan dan hukuman kolektif.

Di bandar Nublus, Rejim Zionis menahan tujuh rakyat Palestin termasuk tiga bekas banduan salah seorangnya Amjad al-Sayeh yang telah dipenjara selama 19 tahun sebelum ini.

Di Qalqilya, dua bekas tahanan ditahan di rumah mereka, manakala empat lagi ditahan di Jenin termasuk Sharif Herzallah yang berusia 19 tahun.

Di Ramallah, 16 rakyat Palestin telah ditahan termasuk dua wanita dan seorang lelaki yang cedera ditembak oleh askar Rejim Zionis.

Di Jericho, 4 rakyat Palestin ditahan termasuk dua adik beradik lelaki dan seorang lelaki bekeperluan khas. Salah seorang tahanan yang ditahan telah merancang untuk melansungkan perkahwinannya esok.

Rejim Zionis juga telah menahan 5 pemuda di Bethlehem dan 10 yang lain di al-Khalil.

Ini menjadikan jumlah tahanan Palestin yang telah ditangkap sejak 7 Oktober lalu sebanyak 1,900 tahanan.

Kempen penahanan Israel adalah salah satu daripada dasar hukuman kolektif sistematik pendudukan Israel yang digunakan untuk menghapuskan sebarang penentanganterhadap pendudukan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Muhammad Khusairi