
Selasa, 07-11-2023 – Al-Azhar Al-Sharif di Mesir dalam satu kenyataan berkata, “Zionis telah berubah menjadi serigala yang gila, taksub dengan keghairahan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang yang tidak berdosa, memamah daging dan menghirup darah mereka.”
Dalam kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Al-Azhar Al-Sharif itu yang mengulas dan mengutuk pembunuhan beramai-ramai di Jabalia yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel pada hari Selasa di Gaza. Ia telah menyebabkan kematian dan kecederaan lebih daripada 400 orang.
Kenyataan itu menambah, “Apa yang mendorong Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah kerana kebisuan seperti bisunya orang mati dalam kubur mereka yang sedang melanda dunia antarabangsa kita, melumpuhkan keupayaannya untuk menghalang entiti ini, dan menamatkan segala tindakan gila yang menjadikan hidangan berdarah hariannya terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang tua, dan remaja Gaza.”
Kenyataan itu berdoa agar Allah melindungi Gaza dan mereka yang berada di dalamnya, mematahkan kekuatan musuhnya dan semua orang yang menyokong pembunuhan beramai-ramai di kawasan yang terkepung itu.
Al-Azhar turut menyeru umat Islam di seluruh dunia mendoakan penduduk Gaza.
Kenyataan Al-Azhar Al-Sharif itu hadir sebagai mengulas mengenai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan” yang dilakukan oleh rejim Israel selepas ia mengebom kawasan kejiranan bersebelahan dengan Hospital Indonesia di Jabalia, utara Gaza, menyebabkan ratusan mati syahid dan cedera.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata bahawa pembunuhan beramai-ramai mengakibatkan 400 syahid dan cedera, menurut pengiraan awal, menegaskan bahawa jumlah itu mungkin yang terbesar, dan mungkin hampir dengan jumlah mangsa pembunuhan beramai-ramai Al-Ahli Arab Hospital yang dikenali sebagai Hospital Baptist, kerana kawasan yang dibom adalah kawasan “padat penduduk”.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah