Jumaat, 17-11-2023 – Para pekerja hospital Al-Shifa mengebumikan kira-kira 150 mayat warga Palestin dalam sebuah kubur besar di kompleks yang terkepung itu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada hari Selasa, 15 November.
Ia dilakukan setelah tembakan penembak hendap dan serangan bom Israel terus berlanjutan di halaman dan lorong-lorong hospital serta sekitar bangunannya.
Seorang jurucakap kementerian berkata, mereka memerlukan “enam jam kerja yang berterusan” bagi mengebumikan semua yang mati, dan menambah bahawa jumlah kematian kemungkinan akan meningkat disebabkan kegagalan hospital untuk menyediakan rawatan perubatan yang sewajarnya.
“Kami terpaksa mengebumikan mereka dalam kubur beramai-ramai,” kata pengarah hospital Al-Shifa, Mohamed Abu Salmiyah. Tambahnya lagi, tujuh bayi yang lahir tidak cukup bulan dan 29 pesakit unit rawatan rapi adalah antara yang dikuburkan akibat kehabisan bekalan api untuk jana kuasa hospital.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah